This nice Blogger theme is compatible with various major web browsers. You can put a little personal info or a welcome message of your blog here. Go to "Edit HTML" tab to change this text.
RSS

Friday, May 28, 2010

Sejarah Penubuhan PDK Pekan Rembau






Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pekan Rembau telah ditubuhkan pada 1 Februari 1992 dan ketika itu telah menggunakan sebuah bangunan di dalam kawasan Kediaman Rasmi Balai Undang Luak Rembau yang lama. Setelah kediaman tersebut diubahsuai semula sebagai kediaman rasmi Undang Luak Rembau yang baru, PDK telah dipindahkan dan ditumpangkan di Rumah Sejahtera Rembau (Rumah Orang Tua) yang terletak di belakang Klinik Kesihatan Rembau dan bersebelah dengan Bengkel Mini desa (OKU) Rembau.
Semasa PDK ditempat di kawasan Balai Undang dahulu, di atas hasil usaha jawatankuasa, PDK telah mendapat sebidang tanah Lot PT 825 seluas 0.2009 hektar daripada Pejabat Tanah Daerah Rembau.
Satu Majlis Perletakan Batu Asas telah disempurnakan pada 30hb Mac 1997 oleh YAB Dato’ Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa Bin Haji Abd. Samad Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu.YAB Menteri Besar telah memberi sumbangan sebanyak RM 10,000.00 pada hari tersebut selain daripada Pasaraya Rembau Jaya dan orang perseorangan .
Jawatankuasa PDK telah bercadang untuk membina sebuah bangunan sendiri yang berharga RM 600,000.00 di tanah tersebut. Tahun berganti tahun, namun kewangan yang ada masih tidak mencukupi bagi melaksanakan tujuan tersebut. Namum, sekali lagi di atas usaha gigih daripada pihak Jawatankuasa yang baru dan dengan nasihat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rembau, pada awal tahun 2003 PDK Pekan Rembau berpindah ke bangunannya sendiri yang menelan kos pembinaan sebanyak RM 77,500.00.
Walaupun pada rancangan asal adalah untuk membina sebuah bangunan yang canggih dan mempunyai kelengkapan yang ekslusif namun dengan masalah kewangan yang tidak mencukupi jawatankuasa terpaksa bersyukur dengan bangunan yang ada. Mudah – mudah hasrat itu akan tercapai juga pada suatu hari nanti berkat usaha dan kerjasama daripada semua pihak.



Perasmian bangunan baru ini telah dilaksanakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa Bin Haji Abdul Samad Menteri Besar Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus pada 18 Julai 2003.


0 comments:

Post a Comment