This nice Blogger theme is compatible with various major web browsers. You can put a little personal info or a welcome message of your blog here. Go to "Edit HTML" tab to change this text.
RSS

Friday, May 28, 2010

Sejarah Penubuhan PDK Pekan Rembau






Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pekan Rembau telah ditubuhkan pada 1 Februari 1992 dan ketika itu telah menggunakan sebuah bangunan di dalam kawasan Kediaman Rasmi Balai Undang Luak Rembau yang lama. Setelah kediaman tersebut diubahsuai semula sebagai kediaman rasmi Undang Luak Rembau yang baru, PDK telah dipindahkan dan ditumpangkan di Rumah Sejahtera Rembau (Rumah Orang Tua) yang terletak di belakang Klinik Kesihatan Rembau dan bersebelah dengan Bengkel Mini desa (OKU) Rembau.
Semasa PDK ditempat di kawasan Balai Undang dahulu, di atas hasil usaha jawatankuasa, PDK telah mendapat sebidang tanah Lot PT 825 seluas 0.2009 hektar daripada Pejabat Tanah Daerah Rembau.
Satu Majlis Perletakan Batu Asas telah disempurnakan pada 30hb Mac 1997 oleh YAB Dato’ Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa Bin Haji Abd. Samad Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu.YAB Menteri Besar telah memberi sumbangan sebanyak RM 10,000.00 pada hari tersebut selain daripada Pasaraya Rembau Jaya dan orang perseorangan .
Jawatankuasa PDK telah bercadang untuk membina sebuah bangunan sendiri yang berharga RM 600,000.00 di tanah tersebut. Tahun berganti tahun, namun kewangan yang ada masih tidak mencukupi bagi melaksanakan tujuan tersebut. Namum, sekali lagi di atas usaha gigih daripada pihak Jawatankuasa yang baru dan dengan nasihat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rembau, pada awal tahun 2003 PDK Pekan Rembau berpindah ke bangunannya sendiri yang menelan kos pembinaan sebanyak RM 77,500.00.
Walaupun pada rancangan asal adalah untuk membina sebuah bangunan yang canggih dan mempunyai kelengkapan yang ekslusif namun dengan masalah kewangan yang tidak mencukupi jawatankuasa terpaksa bersyukur dengan bangunan yang ada. Mudah – mudah hasrat itu akan tercapai juga pada suatu hari nanti berkat usaha dan kerjasama daripada semua pihak.



Perasmian bangunan baru ini telah dilaksanakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa Bin Haji Abdul Samad Menteri Besar Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus pada 18 Julai 2003.


Saturday, May 8, 2010

Organisasi PDK Pekan Rembau



Alamat ,Profile PDK Pekan Rembau


PDK Pekan Rembau
Nor Aida Bt Mohd Ali
Lot 825 ,Taman Rembau Jaya
71300 Rembau , Negeri Sembilan
Contact Number:06-685 2014

Galeri PDK Pekan Rembau

PENERANGAN TENTANG INSURANS TAKAFUL MALAYSIA
12.02.2009 (KHAMIS)

Wakil Syarikat Insurans Takaful Malaysia (En. Ezani B. Md. Naain) memberi penerangan kepada ibubapa / penjaga



Ibubapa / Penjaga sedang mendengar penerangan yang disampaikan


SAMBUTAN HARI OKU PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
16.02.2009 (ISNIN)

Bergambar beramai-ramai



Yang Mulia Raja Datin Seri Salbiah Bt. Tengku Nujumudin menyampaikan cenderahati kepada pelatih PDK Pekan Rembau


LARIAN AMAL PALESTIN
21.02.2009 (SABTU)

Sedang menunggu pelari – pelari sampai ke Padang Dataran Rembau






PROGRAM BUMI HIJAU
02.03.2009 (ISNIN)

Pegawai dari Pejabat Pertanian Rembau sedang memberi ucapan



Menunjukkan cara-cara bancuhan tanah dan cara menanam pokok terung




FAMILY OUTING KE A’ FAMOSA WATER WORLD
05.03.2009 (KHAMIS)

Bergambar bersama Pengerusi PDK



MESYUARAT AGUNG PDK PEKAN REMBAU KALI KE 5
06.03.2009 (JUMAAT)

Penaung PDK Pekan Rembau Datin Rubila Bt. Alias hadir pada mesyuarat tersebut



Ibubapa sedang mendengar ucapan .


SAMBUTAN HARI LAHIR WARGA PDK
19.03.2009 (KHAMIS)

Sambutan Hari Lahir Petugas dan Pelatih yang lahir pada bulan 1 hingga 3



Naib Pengerusi menyampaikan hadiah pada pelatih


CERAMAH DAN DEMONSTRASI TENTANG CARA-CARA PENYEDIAAN MAKANAN DAN MASAKAN SIHAT
20.03.2009 (JUMAAT)

Sedang menunjukkan cara-cara memasak



Penolong Pegawai Penyelaras PDK sedang melihat cara –cara memasak makanan sihat


OUTING KE TAMAN REKREASI REMBAU
26.03.2009 (KHAMIS)

Sedang berjogging di taman



Latihan sukaneka acara mengisi air dalam botol dengan menggunakan span



Melihat ikan-ikan dalam kolam melalui jambatan gantung


LAWATAN INTERGRASI JAWATANKUASA PENYELARAS PDK DAERAH JEMPOL
31.03.2009 (SELASA)

Pegawai ,AJK dan petugas daerah Jempol sedang mendengar taklimat daripada Pengerusi PDK Pekan Rembau


Petugas PDK Daerah Jempol melihat pelatih PDK membuat alas meja


LAWATAN KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT REMBAU
21.04.2009 (SELASA)

Bergambar bersama anggota Bomba


Pelatih PDK diberi peluang untuk mencuba membuat pancutan air untuk memadamkan api


Pelatih PDK mencuba pakaian anggota Bomba


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ANJURAN WI CAWANGAN PEDAS DAN PERSATUAN IBU TUNGGAL DAERAH REMBAU
09.05.2009 (SABTU)



Ibubapa dan jemputan sedang mendengar ceramah yang disampaikan oleh
Ustazah Rayah Bt. Abd. Ghani


PROGRAM RAMAH MESRA WIRA-WIRAWATI PLKN KEM ULU PARI
13.05.2009 (RABU)

Pelatih PDK ,wira dan wirawati PLKN sedang mendengar ucapan


Wirawati PLKN sedang membuat persembahan



SUKANEKA OKU DAERAH REMBAU
16.05.2009 (SABTU)

YB Zaifulbahri b. Idris menyampaikan ucapan Perasmian Penutup sukaneka OKU


Tuan Pengarah JKMNS sedang menyampaikan hadiah


Balutan Kasih merupakan salah satu acara dalam Sukaneka OKU Daerah Rembau


MAJLIS PERPISAHAN 2 ORANG SUKARELAWAN (PELAJAR UNITAR)
28.05.2009 (KHAMIS)

Cik Norashikin merima sijil daripada pengerusi PDK Pekan Rembau


Bergambar bersama pelatih PDK


LAWATAN PASUKAN KESIHATAN DAERAH REMBAU
16.06.2009 (SELASA)



Jururawat Klinik Kesihatan Rembau sedang membuat pemeriksaan kesihatan dan menimbang berat pelatih PDK




SAMBUTAN HARI LAHIR WARGA PDK
16.06.2009 (SELASA)

Sambutan Hari Lahir Petugas & Pelatih PDK dari bulan 4 -5


Naib Pengerusi menyampaikan hadiah kepada pelatih yang menyambut hari lahir
Dari bulan 4 -6


MAJLIS PENYAMPAIAN ELAUN KHAS OKU PDK
18.06.2009 (KHAMIS)


Ibubapa dan Tetamu yang hadir pada Majlis tersebut


Pn. Rohaizal Bt. Umar Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Rembau sedang menyampaikan elaun pada pelatih PDK & Lawatan Di Rumah



LAWATAN DARIPADA NURSING STUDENTS (INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY)
22.06.2009 ( ISNIN)

Bersama petugas mengajar pelatih PDK



Pengerusi PDK dan pelajar jurusan jururawat berada di bilik terapi muzik dan cahaya



JEMPUTAN KE MAJLIS BAKTI DARUL KHUSUS
17.07.2009 (JUMAAT)

Pelatih PDK membuat persembahan tarian Bollywood dan joget

Perkhidmatan Yang Disediakan

RAWATAN FISIO TERAPI


Fisio terapi untuk bahagian pergelangan kaki ,jari jemari kaki, tapak kaki dan pinggang.



Berjalan dengan walking frame


Aktiviti berjalan tanpa bantuan orang lain dengan menggunakan walking frame.


Berdiri diatas tliting gas spring stand up untuk kekuatan pada anggota kaki dan keseimbangan badan


Berdiri di dalam tumble form


Imbang badan diatas tumble form


Berjalan dengan walking frame


Imbang badan diatas bola fizio


Berlatih menaiki dan menurun anak tangga


Berjalan dengan walking frame


Fisio untuk kekuatan kaki dan juga pinggang


Relaksasi pada bahagian lutut , pergelangan kaki , jari jemari kaki dan tapak kaki.


Fisio pada siku , pergelangan tangan,jari jemari dan tapak tangan


Berjalan berpaut pada sofa


Kneeling – tangan pegang pada pinggang dan punggung supaya pelatih dapat duduk melutut dengan selesa.


Fisio pada bahagian bahu dan tangan


Baringkan pelatih diatas wedgse dan fisio pada bahagian belakang dan kaki


Berdiri diatas tliting gas spring stand up untuk kekuatan pada anggota kaki dan keseimbangan badan.

Berdiri selama 20 minit



Relaksasi pada bahagian lutut , pergelangan kaki , jari jemari kaki dan tapak kaki.



Berjalan dengan walking frame.Pelatih menolak sendiri tanpa bantuan.




Melompat diatas tambolin untuk kekuatan kaki dan pinggang.


Berjalan dengan walking frame


Berdiri diatas tliting gas spring stand up untuk kekuatan pada anggota kaki dan keseimbangan